6 jam terapung dalam peti sejuk selepas bot karam

6 jam terapung dalam peti sejuk selepas bot karam. Seorang nelayan ditemui terapung di dalam sebuah peti sejuk selepas berada di dalamnya selama enam jam akibat bot karam di luar pantai wilayah Krabi, Thailand, Ahad lalu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Anat Massoyot, 33, diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang melalui kawasan dia dijumpai.

Ketika insiden bot karam itu, penduduk dari Kampung 3, daerah Mueng itu dilaporkan memanjat masuk ke dalam sebuah peti sejuk, tempat dia biasanya menyimpan ikan.

Anat sebelum itu membawa botnya untuk menangkap ikan di pulau Koh Lao Hong, berhampiran Pulau Hong seorang diri. Menurutnya, cuaca masih baik ketika itu.

Botnya kemudian dihempas oleh ombak besar dan air mula memenuhi ruang sebelum ia tenggelam di tengah laut.

Sebuah bot nelayan lain yang melalui kawasan itu kemudian menarik Anat keluar dari peti sejuk itu dan membawanya ke darat.

Dia kini dalam keadaan selamat dan bersyukur kerana masih hidup namun, berasa sedih kerana bot yang digunakannya untuk mencari rezeki telah hilang.

Turut baca :

6 jam terapung dalam peti sejuk selepas bot karam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*