Hari penamaan calon yang berlangsung Dewan DSP Antanom, dekat sini, bertukar kecoh dipercayai selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Datuk Peter Anthony selaku calon daripada parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi Parlimen Tenom.
Kejadian rusuhan berkenaan menjadi tular selepas dimuatnaik salah satu akaun di media sosial Facebook sekitar 30 minit lalu.
- Turut baca : Perang PRU di Perak diramal dahsyat, isu agama, kaum dijangka jadi senjata sebahagian parti
Menerusi video tular berdurasi satu minit 37 saat itu, dapat dilihat berlaku kekecohan sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong parti KDM.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit.
Leave a Reply