4 tahun makan rasuah urus jenazah, dua pembantu kesihatan dicekup

4 tahun makan rasuah urus jenazah, dua pembantu kesihatan dicekup.

Dua pembantu kesihatan sebuah hospital di negeri ini dicekup selepas disyaki terlibat dalam rasuah bernilai RM15,000 bagi pengurusan jenazah selama empat tahun bermula 2018.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 40 dan 42 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Dua pembantu kesihatan dicekup rasuah urus jenazah
Pembantu kesihatan dicekup SPRM, rasuah urus jenazah

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal mendapati meminta dan menerima suapan berjumlah kira-kira RM15,000 setiap seorang bagi urusan berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

“Kedua-dua suspek yang berkhidmat di salah sebuah hospital di negeri Selangor dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu.

“Ini sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek akan dilakukan di Mahkamah Majistret Shah Alam,” katanya.

Ini adalah kali kedua tangkapan berkaitan rasuah pengurusan jenazah dilakukan SPRM Selangor dengan kali pertama pada 6 Oktober tahun lalu melibatkan lima petugas kesihatan.

Kelima-lima mereka itu telah didakwa di beberapa mahkamah termasuk Selangor dan Kedah.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*