4 murid sekolah ‘kenduri’ budak 13 tahun sampai mati, buang mayat di kubur Cina

Empat kanak-kanak di bawah umur ditahan polis selepas mengaku merogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun sehingga mengakibatkan kematian.

Mayat dibuang di kubur Cina

4 murid sekolah ‘kenduri’ budak 13 tahun sampai mati, buang mayat di kubur Cina

Memetik laporan Tribunnews, insiden tersebut dipercayai berlaku di Indoensia iaitu ketika suspek utama iaitu IS, 16, mengajak mangsa yang merupakan teman wanitanya menonton pertunjukan kuda kepang.

Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah kawasan perkuburan Cina sebelum menekup mulut dan hidung mangsa. Rupa-rupanya, tiga individu lain iaitu rakan suspek utama telah menunggu di lokasi kejadian.

Lebih memilukan apabila dalam keadaan tidak sedarkan diri, mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh keempat-empat suspek iaitu IS (16), MZ (13), NS (12), dan AS (12).

Mereka seterusnya membawa mayat mangsa ke lokasi lain dengan cara berjalan kaki sebelum kembali merogol mangsa.

Kesemua suspek kemudian meninggalkan mayat mangsa di lokasi kejadian sebelum ditemui oleh penduduk kampung pada keesokan harinya.

Hasil pemeriksaan forensik mendapati, terdapat beberapa kecederaan ditemui pada tubuh badan mangsa termasuk kesan koyakan pada kemaluannya.

Keempat-empat suspek sempat menghadiri ke majlis tahlil di rumah mangsa sebelum mereka diberkas polis.

Semasa soal siasat, suspek utama mengaku telah merancang melakukan perbuatan terkutuk itu dek ketagih dengan video dewasa. Pihak polis turut menemui koleksi kandungan video lucah dalam telefon kesemua suspek.

Turut ditemui adalah seluar dalam milik mangsa yang dibuang berdekatan lokasi kejadian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*