4 kementerian pantau bekalan gula negara

Jawatankuasa merangkumi empat kementerian bagi memantau bekalan gula negara.

Sebuah Task Force rentas Kementerian telah diwujudkan bagi menyelesaikan masalah bekalan gula secara komprehensif.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia berperanan untuk memantau status pengeluaran serta pengedaran gula putih bertapis kasar & halus.

Task Force ini terdiri daripada empat kementerian iaitu;

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
2. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
3. Kementerian Kewangan (MOF)
4. Kementerian Ekonomi (KE)

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, dengan penglibatan empat(4) kementerian, cadangan tindakan penyelesaian jangka pendek, sederhana, dan panjang dapat dirangka bagi memastikan keterjaminan bekalan gula negara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*