37 penumpang cemas bas ‘sondol’ belakang lori di LPT 1

Seramai 37 penumpang sebuah bas ekspres mengalami detik cemas selepas bas dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 218.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) di sini awal pagi ini.

Kejadian itu menyebabkan pemandu bas yang berusia 40 tahun mengalami luka di bahagian tangan dan kaki serta pendarahan kepala manakala kesemua penumpang tidak mengalami kecederaan.

37 penumpang cemas bas 'sondol' belakang lori di LPT 1 37 penumpang cemas bas 'sondol' belakang lori di LPT 1

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan Ke Kuala Terengganu, Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian dan ketika sedang bergerak lurus di lorong kiri tiba-tiba bas berkenaan hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang sebuah lori membawa muatan pakaian.

37 penumpang cemas bas 'sondol' belakang lori di LPT 1 37 penumpang cemas bas 'sondol' belakang lori di LPT 1

“Akibat kemalangan pemandu bas mengalami kecederaan manakala kesemua 37 penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

37 penumpang cemas bas 'sondol' belakang lori di LPT 1 37 penumpang cemas bas 'sondol' belakang lori di LPT 1

Menurutnya mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut manakala kesemua penumpang meneruskan perjalanan menaiki bas ganti yang disediakan syarikat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*