Sejumlah 34 serpihan tulang manusia ditemui di belakang kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) dekat Kuala Terengganu yang ditinggalkan dan tidak lagi dihuni, malam tadi.
Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu kira-kira 10.10 malam.
Katanya, siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) di tempat kejadian di tepi Pantai Batu Burok 2, yang dilakukan bersama Pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu.
“Tempat kejadian dalam kawasan semak, di tepi longkang kering tidak berair iaitu di tepi pantai berjarak 40m dengan gigi air semasa air pasang,” katanya
Beliau berkata, semua ketulan dan serpihan tulang ditemui itu dikumpulkan untuk siasatan dan akan dihantar ke Unit Patologi dan Jabatan Kimia.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan kawasan sekitar sama ada perkuburan lama atau milik persendirian.
“Usaha mengesan identiti mangsa bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia seperti jantina, tempoh kematian, dan lain-lain maklumat yang akan diperolehi kemudian.”
Baca juga :
Gara-gara minta cerai, suami simbah asid ke arah isteri dicekup
Gara-gara minta cerai, suami simbah asid ke arah isteri dicekup
{VIDEO} Gara-gara harga barang mahal, dua lelaki ‘tinju’ peniaga
Leave a Reply