3,000 penyokong Najib berhimpun di Istana Kehakiman

Kira-kira 3,000 penyokong Datuk Seri Najib Razak memenuhi perkarangan Istana Kehakiman di sini pagi hari ini.

Himpunan itu difahamkan bagi menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri itu berhubung rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Menurut tinjauan Buletin TV3, mereka berkumpul seawal jam 7 pagi di sini untuk bersodaliriti secara aman.

Semalam Buletin TV3 melaporkan, polis menolak permohonan penganjur himpunan solidariti Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima permohonan daripada penganjur pada 31 Disember lalu.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*