Tiga Adun pembangkang Kelantan menuntut kerajaan negeri sekali lagi membawa isu tuntutan royalti minyak ke Mahkamah Persekutuan.
Menerusi kenyataan bersama, Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim, Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim dan Adun Nenggiri Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata langkah itu penting kerana tiada tindakan lanjut diambil kerajaan negeri sejak menolak Akta Wilayah Laut di DUN Kelantan pada 5 Nov 2015.
“Seperti disebutkan beberapa Ahli Parlimen negeri ini pada sidang Dewan Rakyat, antara faktor utama menghalang tuntutan royalti itu adalah penggunaan Akta Wilayah Laut 2012, yang mana kerajaan negeri telah menolaknya.
“Maka, kami dengan ini menggesa kepada kerajaan negeri Kelantan membawa pertikaian terhadap keabsahan Akta Wilayah Laut 2012 ke Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan.
“Sekarang adalah masa yang terbaik untuk pihak kerajaan Kelantan memperlihatkan kesungguhan mendapatkan royalti ini dan tidak sekadar mahu menunggang isu ini untuk mencipta polemik demi meraih keuntungan politik,” kata mereka.
Pada Jun 2019, Kelantan menarik balik tuntutan saman berhubung isu royalti minyak membabitkan kerajaan negeri dan persekutuan.
Menteri besar ketika itu, Ahmad Yakob dilaporkan berkata pihaknya menarik balik saman tersebut kerana yakin terhadap ketetapan dinyatakan perdana menteri ke-7, Dr Mahathir Mohamad untuk mengagihkan royalti kepada kerajaan negeri.
Melalui writ saman difailkan pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.
Baca juga :
- Ayah dah ‘pergi’ ke belum? Kalau belum, kenapa tak boleh datang exam? – Kakak kecam ayat diguna guru
- {VIDEO} Bapa 3 anak maut terperosok bawah treler mengundur tiba-tiba di Jalan Kerinchi
- Koyak RM3000, order ‘tak ingat dunia’… Lelaki kena ‘sembelih’ kawan pejabat, belanja makan lepas dinaikkan pangkat
Leave a Reply