3.56 juta rakyat Malaysia sudah daftar Padu – Anda bila lagi?

Seramai 3.56 juta individu sudah membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di seluruh negara setakat pukul 11.59 malam tadi.

Menerusi laman Facebook PADU Official, jumlah tersebut dikeluarkan berdasarkan sumber data pentadbiran yang telah dikemaskini.

3.56 juta rakyat Malaysia sudah daftar Padu - Anda bila lagi?

“Terima kasih diucapkan kepada rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat dalam sistem Padu,” katanya.

Dalam pada itu, melihat kepada data yang dikongsikan, tiga negeri iaitu Selangor, Sarawak dan Johor merekodkan jumlah pendaftaran tertinggi sejak sistem itu dilancarkan 2 Januari lepas dengan masing-masing melepasi 340,000 pendaftar.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*