21kg sate katak dari Myanmar tak sempat dijual di Malaysia

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 21 kilogram (kg) sate katak bernilai RM1,500 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini semalam.

Jurucakap Maqis Pulau Pinang berkata, sate katak tersebut dirampas di pintu masuk lapangan terbang berkenaan dan dipercayai dibawa dari Myanmar.

Katanya, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui bantuan mesin pengimbas dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis.

“Sate katak seberat 21 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,500 ini dirampas menerusi pemeriksaan bagasi yang dilakukan terhadap beberapa orang penumpang dari Myanmar.

“Rampasan ini merupakan rampasan terbesar bagi produk hasilan haiwan setakat bulan ini,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh di hukum dibawah Seksyen 11(3) akta sama.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*