2 wanita nyaris dirogol dalam kebun ubi kayu, mujur suspek mati pucuk

Gambar hiasan

DUA wanita nyaris dirogol dalam kejadian di kebun ubi kayu gara-gara suspek mengalami mati pucuk.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital.

Kejadian berlaku di wilayah Isaan di Ubon Ratchathani, Thailand pada Selasa.

Polis ke lokasi kejadian dan menemukan tanda-tanda pergelutan selain seluar pendek berlumuran darah, topi, dan seluar dalam.

Salah seorang mangsa memberitahu, suspek tiba-tiba keluar ke tepi jalan dari hutan ketika mereka berdua sedang menunggang motosikal.

Menurutnya, suspek memukul kepalanya menggunakan kayu, mengakibatkan motosikal yang dinaiki terbabas dan merempuh sebuah kebun.

Kedua-dua mereka melarikan diri secara berasingan di tempat kejadian, dan suspek mengejar salah seorang mangsa dengan memukulnya sehingga rebah.

Mangsa bagaimanapun pura-pura mati ketika cubaan rogol menyebabkan suspek melarikan diri.

Bagaimanapun menurut suspek mengaku dia tidak dapat melakukan perbuatan itu kerana mengalami masalah ereksi sehingga berputus asa.

Seorang lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan kesan cedera di lengan.

Suspek berusia 34 tahun kini ditahan untuk siasatan polis.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*