2 bekas bintang bola sepak negara ‘menang besar’ di Kedah

Dua bekas pemain bola sepak negara Baddrol Bakhtiar dan Muhamad Radhi Mat Din yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), menang pada PRN Kedah.

Baddrol, bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC, memenangi kerusi DUN Gurun dengan 17,771 undi.

Bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya berusia 35 tahun itu mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohammed Firdaus Johari yang meraih 11,187 undi.

Sementara itu, Muhamad Radhi, legenda bola sepak Kedah, mengalahkan Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu, dengan majoriti 10,104 undi.

Muhamad Radhi memperoleh 18,936 undi, manakala Mahfuz yang juga naib presiden Amanah meraih 8,832 undi.

Muhamad Radhi membuat kemunculan sulung di pentas politik pada PRU14, namun kalah ketika bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pokok Sena.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*