15 tahun ‘diratah’ bapa kandung

Realiti hidup masa kini, banyak kes seksual berlaku dalam kalangan keluarga sendiri dan lebih menyedihkan apabila cerita jenayah tersebut tidak dipercayai oleh sesiapa.

Berkongsi pengalaman, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila ibunya tidak mempercayai pendedahan yang dibuat mengenai sikap jijik bapa kandungnya.

Kata wanita itu, dia pernah disentuh secara seksual oleh bapanya tanpa kerelaan, namun tiada siapa yang mempercayainya sehingga keadaan tersebut berlanjutan selama hampir 15 tahun.

“Saya kena dari kecil sampai la tingkatan tiga. Papa saya masuk bilik dan sentuh, saya takut nak beritahu sesiapa. Kalau beritahu pun tiada yang percaya sebab saya masih budak ketika itu.

“Sekarang saya dah cerita pada ibu, dan ibu beri pilihan untuk buat laporan polis, tapi di balai saya tak cerita yang sebenar saya takut papa saya akan buat lebih lagi,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lain turut berdepan nasib sama apabila apabila pernah menjadi mangsa ‘kerakusan’ bapa sendiri.

Katanya, setiap kali dia mengadu kepada ibunya, wanita itu tidak pernah percaya bahkan, gadis tersebut pula disalahkan.

“Saya berada di situasi ini juga. Saya beritahu pada ibu saya dan terkejutnya dia langsung tak percaya. Siap dibuang keluarga, dan saya pula disuruh pergi minta maaf dekat bapa,” katanya.

“Saya pun alami nasib sama dengan bapa tiri. Bila cerita pada ibu, dia tak percaya dan saya masih tinggal serumah bersama ayah tiri. Apa saya boleh buat? Saya baru 13 tahun,” dedah seorang remaja perempuan.

Selain bapa, ada juga individu mendedahkan dia pernah menjadi mangsa nafsu datuknya sendiri ketika masih kecil.

“Takut nak beritahu ibu bapa dan sampai sekarang saya jadi jijik dengan diri sendiri. Umur saya nak masuk 30 tahun, masih tak kahwin,” kata individu terbabit.

Terdahulu, Kosmo! menerusi laporan khas muka depan mendedahkan kes sumbang mahram semakin membimbangkan apabila jumlahnya terus meningkat setiap tahun dengan 996 kes dilaporkan sejak 2021 hingga Oktober lalu.

Lebih menjjikkan, ada kanak-kanak seawal usia di bawah enam tahun turut menjadi mangsa ahli keluarga terutama bapa kandung yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kebanyakan kes berlaku di rumah sendiri apabila si pelaku mengalami ketagihan seks dan bahan pornografi serta mempunyai masalah kewangan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*