10 negara paling tinggi kes perceraian, tak sangka ini antara puncanya

Tiada pasangan di dunia ini yang inginkan perceraian, namun ia mungkin menjadi asbab kepada sesuatu permulaan baharu dalam hidup seseorang

Menurut laporan Berita Harian, boleh dikatakan hampir setiap minit pasti ada kes perceraian yang berlaku di seluruh dunia.

Kali ini, kami akan kongsikan 10 negara yang mencatatkan kadar perceraian paling tinggi pada tahun 2022.

Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh firma guaman dan undang-undang keluarga terkenal di Philadelphia, Petrelli Previtera LLC.

1. Maldives

Maldives mencatatkan kadar perceraian 5.5 peratus bagi setiap 1,000 penduduk setahun. Pada 2002, ia telah disenaraikan dalam Buku Rekod Dunia Guinness untuk kadar perceraian tertinggi iaitu 10.97 peratus perceraian bagi setiap 1,000 orang.

Antara punca yang menyebabkan perceraian berlaku di negara ini adalah kemudahan dan kemampuan kaum wanita untuk menamatkan perhubungan disebabkan peningkatan akses kepada pendidian dan stabil dari segi kewangan, di mana ia membolehkan mereka menyara diri sendiri tanpa bergantung pada lelaki.

2. Kazakhstan

Kadar perceraian di Kazakhstan ialah 4.6 peratus bagi setiap 1,000 orang. Menurut kajian Institut Hak dan Peluang Persamaan Kazakhstan, puncanya ialah termasuk faktor gangguan orang ketiga seperti campur tangan saudara-mara, kekurangan sekatan moral, dan proses perceraian yang mudah.

3. Guam

Guam ialah sebuah pulau kecil di Lautan Pasifik, yang terletak di Amerika Syarikat. Ia mempunyai kadar perceraian 4.3 peratus bagi setiap 1,000 orang. Undang-undang negara yang memudahkan proses menyebabkan kadar perceraian yang tinggi.

4. Rusia

Menurut laporan, perceraian adalah kes biasa di Rusia. Kadarnya ialah 3.9 bagi setiap 1,000 orang. Antara faktornya adalah masalah peribadi seperti ketagihan alkohol, masalah ekonomi, kurang persefahaman antara pasangan akibat perselingkuhan atau curang.

5. Moldova

Moldova mempunyai kadar perceraian sebanyak 3.8 peratus kes bagi setiap 1,000 penduduk. Kira-kira 12 peratus gadis di negara Eropah Timur ini berkahwin sebelum umur 18 tahun. Ia menjadi punca banyak perkahwinan yang berakhir dengan pasangan yang tidak matang dan tidak komited.

6. Belarus (Eropah Timur)

Kadar perceraian di Belarus ialah 3.7 peratus kes bagi setiap 1,000 orang. Antara faktor utama yang menyebabkan hancurnya rumah tangga di negara ini adalah tahap pengangguran yang tinggi, kemiskinan, keganasan rumah tangga, ketagihan alkohol, dan masalah pemilikan rumah.

7. China

3.2 peratus perceraian bagi setiap 1,000 telah direkodkan di China. Seperti yang kita tahu, negara ini hanya membenarkan pasangan miliki seorang anak saja. Antara faktor lain adalah pandangan moden tentang perhubungan, wanita yang lebih berpendidikan dan bebas kewangan.

8. Republik Aruba

Republik Aruba merupakan sebuah pulau yang berada di Caribbean. Ia mencatatkan 3.2 peratus perceraian bagi setiap 1,000 orang.

Kekurangan akses kepada pendidikan menjadi punca utama dalam kadar perceraian di negara itu. Terdapat beberapa kes di mana undang-undang membenarkan tempoh berpisah sebelum perceraian dikurangkan daripada tiga tahun kepada satu tahun.

9. Lithuania

Ketidakstabilan ekonomi dan ketagihan alkohol telah menyebabkan kadar perceraian yang tinggi di Lithuania iaitu 2.8 peratus bagi setiap 1,000 orang.

Kes pengangguran juga tinggi di sana, Malah, undang-undang juga memudahkan pasangan berpisah yang hanya mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk mendapatkan keputusan mahkamah.

10. Republik Dominican

Republik Dominican merekodkan kadar perceraian 2.7 peratus bagi setiap 1,000 orang. Data menunjukkan bahawa kira-kira sembilan peratus gadis dipaksa berkahwin pada usia 15 tahun dan 31 peratus lagi sebelum umur 18 tahun.

Ia telah meningkatkan peluang untuk bercerai kerana mereka yang berkahwin awal dikatakan masih belum matang. Selain itu, budaya di negara Caribbean juga menggalakkan lelaki mempunyai hubungan sulit.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*