{VIDEO} Wanita kongsi video ayah masih ‘pick up’ bawa payung masa hujan undang sebak ramai

Selalunya, anak perempuan lebih rapat dengan ayah berbanding ibu sejak kecil lagi

Ayah merupakan insan yang sentiasa melindungi anak-anak di mana jua mereka berada. Walaupun mereka ini jarang menunjukkan kasih sayang, tetapi mereka lah orang yang paling risaukan keadaan keluarga.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita merakam ayahnya datang mengambilnya di stesen bas ketika hujan telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan pak cik itu meredah hujan lebat sambil membawa payung untuk anaknya yang sedang menunggu di stesen bas.

Wanita itu terharu dengan pengorbanan dan kasih sayang ayahnya, walaupun sudah tua tetapi masih memikirkan keadaan si anak dan tidak mahu dia kesusahan.

“Hampir 30 dan sudah menjadi ibu, tetapi ayah masih menjemput saya dengan payung di stesen bas bila hujan. Dia basah kuyup. Dia menyuruh saya jaga langkah kerana jalan licin dan saya hamil,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*