{VIDEO} “Tak tau, nak gelak ke apa… Dikatakan ‘membazir’ buat majlis rasmi mesin ATM, ADUN di Kelantan dikritik ramai

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan mencuri tumpuan ramai selepas video perasmian mesin ATM di Gual Ipoh mendapat perhatian ramai

Menerusi sebuah video, beliau berkongsi antara inisiatif baru buat penduduk di sana agar lebih memudahkan mereka mengeluarkan wang.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan yang dijemput bagi merasmikan acara tersebut.

Namun, beliau dikiritik selepas mengadakan majlis perasmian khas untuk mengumumkan kemudahan terbaru mesin ATM di kawasan berkenaan.

“Siap perasmian weh mesin ATM” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 94.6K views, 2,131 likes dan 1,377 comments di TikTok.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*