{VIDEO} Polis buru lelaki pegang objek menyerupai pistol di Kuala Terengganu

POLIS sedang giat mengesan seorang lelaki yang bertindak memegang objek menyerupai pistol ketika memandu kenderaan di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor dilaporkan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 petang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau bagaimanapun menafikan kejadian itu ada kaitan dengan kes penculikan seperti yang ditularkan.

“Polis setakat ini menerima dua laporan mengenai kejadian membabitkan suspek yang memandu kereta berwarna putih.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya memetik laporan Harian Metro pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu rakaman di media sosial berdurasi 38 saat memaparkan seorang pemandu lelaki memegang objek menyerupai pistol.

Dalam pada itu, beberapa mesej suara yang mendakwa kejadian tersebut ada kaitan dengan kes penculikan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*