Seperti umum tahu, harga baru minyak diesel telah dinaikkan sebanyak RM3.35 seliter berbanding harga lama RM2.15 seliter
Sudah tentu perkara ini telah mendapat reaksi ramai yang turut terkesan dengan kenaikkan harga berkenaan.
Ramai juga yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan peningkatan harga ini di media sosial.
Sama seperti seorang individu yang berkongsi rasa terkejutnya selepas mengisi minyak diesel pada kenderaannya.
Terkejut tengok harga begitu ketara dengan sebelumnya
Menerusi sebuah video di akaun TikTok @pakwee_oe, dia berkongsi situasi semasa dia sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak.
Difahamkan, dia terkejut dengan dengan harga diesel sekarang yang jauh peningkatan berbanding dulu.
“Memang mimpi ngeri bagi semua kereta yang pakai diesel. Biasanya aku isi full tank RM130 je, aku lepas ni memang tukar petrol lah,” katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran, yang dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai Budi Madani.
Turut baca :
Leave a Reply