{VIDEO} Lelaki lari tinggalkan rakan ketika dikejar polis.. Yang bakal disaman pemandu, pembongceng lari buat apa?

Lelaki lari tinggalkan rakan ketika dikejar polis.. Yang bakal disaman pemandu, pembongceng lari buat apa?

Gara-gara tidak mempunyai lesen menunggang motosikal, dua lelaki warga asing yang cuba melarikan diri berjaya ditahan polis di Jalan Pasar Malam, Meru di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1 tengah hari itu berlaku ketika sebuah kereta peronda polis (MPV) sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Meru.

Aksi itu turut tular di laman X menerusi video berdurasi 45 saat yang memaparkan salah seorang daripada suspek ditinggalkan rakannya yang menunggang motosikal.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, semasa rondaan anggota MPV itu terserempak dengan sebuah motosikal Yamaha Y15 dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di lampu isyarat.

“Ketika dihampiri dan diarahkan menghentikan motosikal, dua lelaki tersebut melarikan diri. Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun berjaya ditahan selepas 70 meter dikejar MPV,” katanya.

Beliau menambah, pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki itu mendapati mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*