{VIDEO} “Lagi bas buat hal… Bas ekspres main brek siap himpit kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu tular

SEBUAH bas ekspres dilaporkan memandu secara berbahaya hingga menghimpir kereta di Pantai Timur.

Menurut perkongsian warganet bernama Noor, sebuah video di Facebook menunjukkan sebuah bas ekspres dipandu secara berbahaya di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu.

Bas tersebut dilihat sering menekan brek hinggakan menimbulkan bahaya terhadap kenderaan di belakangnya.

Rakaman menerusi kamera papan pemuka (dashcam) menyaksikan bas tersebut sering menekan brek dan itu mengundang bahaya buat kenderaan di belakangnya.

Namun begitu, ia tidak berhenti di situ. Dalam rakaman dari kamera yang sama, bas tersebut bertindak bahaya menghimpit kereta saat ia hendak berhenti di sebelah kiri jalan.

Bas itu dilihat menghimpit dengan cukup rapat kereta tersebut dengan tindakan tersebut hampir menyebabkan kemalangan.

“Bas ekspres ni tak tau sebab apa tiba-tiba brek mengejut. Lepas tu boleh pula kejar (dan) himpit kita.

“(Kejadian) di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu. Nasib sempat kejar untuk dapatkan nombor plat,” kata Noor dalam perkongsiannya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*