{VIDEO} Beri laluan pada ambulans, tindakan owner kereta putih sanggup hadap jammed dipuji

Tidak dinafikan, sebagai pengguna jalan raya kita perlu memberi laluan kepada ambulans atau bomba

Perkara tersebut adalah untuk memastikan mereka dapat sampai ke lokasi pada masa yang tepat supaya dapat menolong orang yang memerlukan bantuan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah ambulans tersangkut di tengah jalan sempit di Cammeron Highlands.

Salah sebuah kereta terpaksa mengalah kerana jalan yang sempit

Menerusi video berkenaan, kelihatan jalan itu sangat sempit dan mempunyai dua lane saja.

Semua kereta telah dipandu ke tepi untuk memberi laluan kepada ambulans, namun ambulans itu dilihat masih tidak dapat mencelah bagi meneruskan perjalanannya.

Sebuah kereta putih dilihat pusing ke simpang kiri untuk memberi laluan kepada ambulans walaupun terpaksa menghadap jammed semula selepas itu.

Ramai yang memuji tindakan owner kereta putih itu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*