{VIDEO} Abang botak ‘koyak’ selepas disindir, libas staf dobi dengan pakaian

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan mengasari wanita ketika mencuci baju di sebuah dobi layan diri di Taman Suria, Penampang, Sabah pada Rabu lalu.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular sejak Ahad, pertengkaran mulut berlaku sebelum lelaki terbabit bertindak sedemikian.

Dalam video itu, lelaki memakai baju hitam sambil membawa baku berisi baju pada awalnya dilihat memasuki dobi dengan kasar.

Bakul yang dibawanya itu dihempas dengan kuat di hadapan wanita tersebut sebelum bakul sama ditendang hingga ke pintu mesin dobi.

Pada masa sama, kelihatan wanita berkenaan bersama dua lagi wanita sedang berbual dan bergelak ketawa sambil mencuri pandangan ke arah lelaki itu.

Difahamkan, seorang daripadanya seakan-akan berkata tidak baik terhadap lelaki tersebut sekali gus mengundang kepada pergaduhan.

Lelaki itu kemudiannya dilihat menegur wanita bertudung hitam itu sebelum menghampirinya dan menengking serta melibas baju pada mukanya beberapa kali.

Rata-rata warganet yang melihat video tersebut sememangnya tidak menyokong tindakan lelaki berkenaan, namun ada juga mendakwa bahawa kata-kata wanita itu menjadi punca pertengkaran berlaku.

“Kalau menurut apa orang ramai cakap, staf dobi perempuan tu yang kurang ajar, mengumpat lepas itu perli belakang pelanggan sambil gelak-gelak,” tulis @MALAYSIAVIRALL.

“Aku dAh banyak kali jumpa perempuan macam ini, jenis perli-perli orang yang tak kenal pun. Kadang saja cakap kuat supaya orang tu boleh dengar yang dia tengah perli,” @akmalios.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan dan belum ada kenyataan dikeluarkan kedua-dua pihak mahupun pihak berkuasa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*