Tak puas hati dibuang sekolah, murid tembak mati pengetua dalam pejabat

SEORANG pengetua sekolah menengah maut ditembak mati oleh bekas pelajarnya dalam satu kejadian yang berlaku di wilayah Kurdistan, Turkiye pada 9 Mei lalu.

Suspek berusia 17 tahun itu difahamkan telah dibuang sekolah kira-kira lima bulan lalu akibat masalah disiplin.

Punca kejadian dipercayai akibat kemarahan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa, Ibrahim Oktugan, 74, sehingga melepaskan dua das tembakan di kepalanya.

Seorang guru di sekolah terbabit, Kadriye Devecit berkata, mangsa sebelum ini tegas mengatakan bahawa pelajar berkenaan sangat biadab kepada guru dan tidak boleh dijadikan sebagai contoh kepada murid lain di sekolah.

Meskipun cuba dipujuk keluarganya, suspek terus dibuang sekolah tanpa belas kasihan.

Sejurus selepas kejadian, suspek menyerbu masuk ke bilik mangsa dan melepaskan tembakan tepat ke arah kepalanya.

Oktugan disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian selepas dibawa ke hospital.

Suspek dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dan keluarga mangsa menggesa pihak berkuasa segera mengambil langkah drastik dalam melindungi sektor pendidikan daripada keganasan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*