Suspek serangan asid Faisal Halim ditahan

Seorang lelaki ditahan disyaki terbabit dalam kes simbahan asid ke arah bintang Selangor FC dan pemain kebangsaan Faisal Halim di sebuah pusat beli belah di Damansara, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 20-an dan akan mendapatkan perintah reman hari ini.

“Kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal). Kita akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih dalam siasatan'” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu media melaporkan, Faisal Halim diserang individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Semalam EXCO Selangor, Mohd Najwan Halimi mengesahkan pemain bola sepak kebangsaan serta Selangor FC Faisal Halim mengalami kecederaan lecur tahap dua akibat disimbah cecair dipercayai asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara.

Beliau berkata, Penjaring Gol Tercantik Piala Asia itu yang sedang dirawat di sebuah hospital, dekat sini, lecur pada bahagian sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Katanya, beliau telah berhubung dengan pihak pengurusan Selangor FC dan dimaklumkan bahawa pemain sayap kebangsaan itu kini berada dalam keadaan stabil.

Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik sekali gus mengecam keras serangan itu dan mahu polis menjalankan siasatan, sekali gus membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini, serta dikurniakan kesembuhan segera,” katanya dalam kenyataan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*