“Nak buang air pun terbantut, nampak kepala dia tengok dari bawah… Lelaki cuba ambil gambar dari bawah pintu tandas dicekup

SEORANG lelaki yang dipercayai warga asing ditangkap selepas cuba untuk menghendap salah seorang wanita di tandas perempuan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial sejak Jumaat, difahamkan, mangsa menyedari kejadian berkenaan selepas dia melihat seseorang sedang menghendapnya dari bawah pintu tandas.

Dia kemudian terkejut dan terus menjerit meminta pertolongan sehingga pegawal keselamatan datang di tempat kejadian dan berjaya menangkap suspek.

“Nak buang air pun terbantut, nampak kepala dia tengok dari bawah,” kata seorang wanita dalam video terbabit.

Menerusi perkongsian video tersebut, suspek dituduh mengambil gambar menggunakan telefon pintar miliknya.

Malah, suspek sempat membuang telefon pintar tersebut di dalam mangkuk tandas kerana takut ditangkap.

Namun, pengawal keselamatan berjaya menyuruh agar dia mengambilnya kembali.

Video itu pada mulanya dimuat naik di akaun TikTok @evelyn_zkal pada Khamis dan mula tular di laman X (Twitter) pada Jumaat.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, kejadian itu dipercayai berlaku di pusat beli-belah di Batu Pahat, Johor.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*