Kestabilan politik negara, Anwar dapat sokongan PM9

Kestabilan politik negara, Anwar dapat sokongan PM9. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas dukungan dan sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau juga menghargai kesudian bekas Perdana Menteri itu untuk bertemu dan bertukar pandangan berkaitan pelbagai isu semasa dalam pertemuan berlangsung di Putrajaya semalam.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya dalam Facebook beliau.

Pertemuan itu merupakan kali pertama berlangsung sejak Anwar dilantik menggantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.

Ismail Sabri terpilih menjadi Perdana Menteri kesembilan dan beliau juga kini merupakan Ahli Parlimen Bera dan merangkap Naib Presiden UMNO.

Beliau merupakan ‘poster boy dan calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam PRU15, namun parti itu hanya memenangi 30 kerusi sahaja.

Anwar kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk melibatkan kerjasama Pakatan Harapan dan parti-parti lain ekoran keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti meraih majoriti mudah membentuk kerajaan Pusat.

Kestabilan politik negara, Anwar dapat sokongan PM9

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*