‘Kantoi’ sudah beristeri, lelaki cekik teman wanita

Seorang lelaki Thailand ditahan selepas disyaki mencekik teman wanitanya hingga mati setelah mangsa mendapat tahu bahawa dia sebenarnya sudah beristeri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Polis menahan Anuwat Pimmat, 22, di sebuah restoran di bandar Prachuap Khiri Khan, sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan) kelmarin.

Suspek diberkas selepas polis menemui mayat teman wanitanya, Benjarat Choeijan, 22, dalam semak-samun di tepi jalan pada minggu lalu.

Suspek kini ditahan reman sementara menanti perbicaraan.

Berdasarkan soal siasat, suspek mengaku berkenalan dengan mangsa menerusi aplikasi janji temu sebelum hubungan mereka bertukar serius April lalu.

Ketika kejadian, suspek pergi ke Phuket dari Bangkok untuk bertemu mangsa.

Menurutnya, semasa berada di dalam kenderaan, suspek menerima panggilan telefon daripada isterinya, menyebabkan rahsia dia telah berumah tangga terbongkar.

Tambah suspek, mangsa marah setelah mendapat tahu perkara sebenar dan menengking serta menampar mukanya.

Disebabkan berang dengan tindakan mangsa, suspek mengaku mencekik lehernya sebelum meninggalkan mayatnya dalam semak-samun di tepi jalan.

Suspek ditahan sementara menanti perbicaraan. Dia dia didakwa atas pertuduhan membunuh dan menyembunyikan mayat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*