Imam masjid pandu tiada lesen, bawa isteri naik Mercedes ‘roadtax’ mati 2 tahun lalu

Seorang imam di sebuah masjid ditahan selepas didapati memandu kereta tanpa lesen semasa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan sekatan jalan raya sempena Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Jalan Kuala Krai, di sini malam tadi.

Imam yang berusia 43 tahun itu dicekup bersama isteri berusia 39 tahun ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang daripada membeli dakwat mesin pencetak untuk membuat fotokopi teks khutbah Hari Raya Aidiladha yang akan dibacakan di masjid esok.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, imam berkenaan mengakui tidak pernah memiliki lesen memandu secara sah ketika dia ditahan.

Menurutnya, selain itu, lelaki tersebut turut mengakui cukai jalan kereta jenis Mercedes milik isterinya itu juga sudah tamat tempoh sejak dua tahun lalu.

“Susulan daripada itu, JPJ menyita kereta tersebut dan mengeluarkan notis saman kepada imam berkrnaan kerana tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya pada sidang akhbar selepas Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2024 di Akademi JPJ Malaysia Wilayah Timur, di sini malam tadi.

Katanya, dia terpaksa memandu kereta dari Peringat ke bandar Kota Bharu untuk membeli dakwat fotokopi bagi mencetak teks khutbah Hari Raya Aidiladha.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*