PAS ‘hairan’ Kabinet dipimpin Anwar tiada timbalan menteri agama dan perpaduan

Pas hairan Kabinet yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyenaraikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Kementerian Perpaduan Negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua jawatan itu sangat penting dalam memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping isu perpaduan kaum yang belum selesai.

Sehubungan itu, katanya, kekosongan berkenaan perlu diisi segera dan kerajaan perlu meneliti calon yang bersesuaian.

“Saya hairan apabila tiada timbalan menteri agama dan perpaduan. Apakah perdana menteri berasakan jawatan itu tidak penting atau tiada calon yang layak untuk dilantik sehingga dibiarkan kosong?

“Sedangkan kedua-dua kementerian itu sangat besar tugas dan fungsinya, jadi saya harap ia dapat diisi dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Anwar mengumumkan 27 barisan timbalan menteri bagi memperkuat saf kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Dalam pengumuman tersebut, barisan timbalan menteri terdiri daripada gabungan parti-parti yang membentuk kerajaan Persekutuan.

Ini bermakna, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menerajui penuh dalam hal ehwal agama manakala Ago Anak Dagang bagi Kementerian Perpaduan Negara.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan hari ini diasaskan dalam gabungan luar tabie, melanggari semua ikrar dan sumpah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan semasa kempen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*