Faisal Halim sedih, tak sangka jadi mangsa simbah asid

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan bintang skuad Harimau Malaya, Faisal Halim berada dalam keadaan trauma selepas menjadi mangsa simbah asid, semalam.

Hamidin yang menjadi individu terawal melawat Faisal di hospital semalam mengakui Faisal seperti tidak menyangka bakal diserang penjenayah ketika meluangkan masa bersama keluarga.

“Saya telah bertemu Faisal dan isteri dia hampir 30 minit semalam, saya cakap kepada dia (Faisal) lupakan dulu mengenai bola kerana kesihatan lebih penting.

“Dia (Faisal) menangis dan sedih kerana dia pun tak sangka (ada serangan). Cuma, saya tidak boleh kongsi apa perbualan antara kami,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM hari ini.

Dalam insiden di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, semalam, Faisal atau Mickey disimbah asid oleh individu tidak dikenali hingga mengakibatkan kelecuran tahap dua di beberapa bahagian badannya.

Kejadian itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota dalam insiden di Terengganu.

Insiden berkenaan turut mendapat perhatian daripada ramai pihak termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*