“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…” (al-Baqarah: 286)
Dari Ja’far bin Muhammad berkata,
“Aku hairan dengan manusia yang diuji dengan empat perkara, namun dia lupa akan empat perkara..”
“Aku hairan dengan orang yang berasa sedih dan risau tatkala ditimpa masalah, sedangkan kenapa dia tidak mahu membaca “Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadz dzaalimiin (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau, sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim),” (al-Anbiya: 87)
Kerana Allah berfirman, “Maka kami kabulkan (doa)nya dan Kami selamatkan dia dari kedukaan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman,” (al-Anbiya: 88).
“Aku hairan terhadap seseorang yang takut kepada sesuatu kejahatan, sedangkan kenapa dia tidak mahu membaca “Hasbiyallahu wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolongku, dan Dia sebaik-baik pelindung).”
Kerana Allah berfirman, “Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak ditimpa suatu bencana, dan mereka mengikuti keridhaan Allah. Allah mempunyai kurnia yang besar,” (Ali-Imran: 174).
“Aku turut hairan kepada orang yang takut dengan tipu daya manusia, sedangkan dia sepatutnya membaca “Wa ufawwidu amri ilallahi innallaha bashiirum bil’ibaad (Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya),” (al-Mu’minun: 44),
Kerana Allah berfirman, “Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka, sedangkan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang sangat buruk,” (al-Mu’minun: 45).
“Dan aku hairan kepada orang yang menginginkan syurga, tetapi kenapa tidak dia membaca “Masya Allahu la quwwata illa billaah (Masya Allah, tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah),” (al-Kahfi: 39),
Kerana Allah berfirman, “Maka mudah-mudahan Tuhanku akan memberi kepadaku (kebun) yang lebih baik dari kebunmu (ini),” (al-Kahfi: 40).
Leave a Reply