[VIDEO] Rasa diri jahat, wanita berpurdah cuba terjun dari jambatan

Rasa diri jahat, wanita berpurdah cuba terjun dari jambatan. Rasa diri jahat, wanita berpurdah cuba terjun dari jambatan. Disebabkan masalah peribadi yang dialaminya, seorang wanita berusia 54 tahun nekad terjun daripada jambatan Sultan Yahya Petra sekitar jam 1.40 petang semalam.

Memetik sumber Kosmo, bagaimanapun, wanita memakai jubah serta berpurdah itu membatalkan niatnya berbuat demikian selepas berjaya dipujuk orang awam.

Saksi kejadian, Suhaila Zakaria berkata ketika itu, dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa orang lelaki menahan dan memegang wanita tersebut sedang menangis.

“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.

“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” -Suhaila Zakaria.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*