{VIDEO} “Macam ni pun ada…” Berang selalu mintak murah, peniaga ‘bundle’ mengamuk koyak baju, tendang barang waktu ‘live’

Benarlah kata pakar yang berpengalaman bahawa berada dalam bidang perniagaan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Demikian kerana tidak lain mereka akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang adakalanya membuatkan seseorang itu putus asa dan harapan.

Bagi menggambarkan kenyataan itu, mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian Dee Andy di laman Facebook.

Dalam paparan berduras 2 minit itu, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan pengusaha pakaian terpakai (bundle) mengamuk di dalam ‘live’.

Selain mengoyakkan baju, dia juga terajang beberapa alatan niaga, termasuk pakaian yang berada berdekatan dengannya.

Difahamkan, lelaki tersebut bengang apabila ramai meminta harga murah darinya, walhal dia juga sedang cari makan.

Bagaimanapun, netizen pula berpendapat tindakannya mengamuk itu agak keterlaluan sehingga ada yang memintanya untuk menukar karier kerana perniagaan mungkin bukan bidang sesuai buatnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*