Mangsa rogol penceramah bebas dedah hubungan dengan ustaz dalam TikTok

Mangsa rogol penceramah dedah hubungan dengan ustaz dalam TikTok.  Remaja berusia 14 tahun yang didakwa menjadi mangsa rogol penceramah bebas bergelar ustaz dikatakan teruja untuk keluar berjalan-jalan dengan individu terkenal sebelum diperdayakan.

Pengguna aplikasi media sosial TikTok yang mendakwa mengenali mangsa dan keluarganya memberitahu, perkenalan remaja tersebut dengan ustaz berkenaan bermula dengan pertanyaan soalan berkaitan agama.

Bagaimanapun, kemudian, hubungan mereka menjadi akrab selepas saling bertukar nombor telefon dan diajak keluar untuk makan bersama.

“Budak mentah seperti mangsa sudah tentu berasa seronok apabila diajak keluar bersama individu yang terkenal,” katanya.

Dalam aplikasi Tik Tok tersebut, wanita berkenaan turut menyentuh mengenai laporan yang mendakwa suspek dan mangsa sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.

Pemilik akaun TikTok @qayqay mendakwa, remaja berumur 14 tahun sepatutnya diajar untuk menjauhi larangan agama bukannya melakukan perkara tidak sepatutnya.

Bagaimanapun, wanita tersebut beranggapan kedua-dua pihak bersalah dalam hal ini dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, seorang penceramah bebas bergelar ustaz dilaporkan dicekup polis dan direman selama lima hari selepas disyaki merogol seorang budak sekolah berusia 14 tahun di sekitar negeri ini.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, kira-kira pukul 4.50 petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan polis berkaitan kes rogol berkenaan dibuat mangsa pukul 11.15 malam, Sabtu lalu.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*