{VIDEO} “Sebab kau bodoh la kau kerja tol…” Baki kad tak cukup, pemandu ‘maki hamun’ jurutol sebab tak lepas palang

Seorang pemandu Honda Civic telah memaki hamun pekerja tol kerana tak cukup baki pada kad Touch ‘n Go.

Menurut pekerja tersebut, pemandu Honda tersebut mahu membayar secara tunai. Namun pekerja tol tersebut menyatakan bahawa polisi, tidak boleh menerima bayaran tunai.

Pekerja tersebut mencadangkan pemandu tersebut memakai kad debit atau kad kredit dan menukar ke lorong khas untuk berbuat demikian.

Kemudian pemandu tersebut menegaskan bahawa kad pengenalan dan kad bank dia tertinggal. Lalu pekerja tol tersebut terpaksa menerima bayaran tunai.

Selepas itu, pemandu Honda itu memaki hamun pekerja tol dengan kata kata kesat serta menganggap pekerja tol tersebut sebagai menyusahkan orang.

Dia malah memberikan amaran: “Nak aku lempang muka kau? Cakap [nak]. Aku hari hari lempang muka orang tau.”

“Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Kalau kau pandai kau tak kerja tol.”

Rakaman video tersebut dikongsikan oleh abangnya di platform X. Dan ramai yang menzahirkan rasa geram dengan pemandu tersebut yang dianggap berlagak.

Dan ianya segera mendapat perhatian pihak PDRM yang meminta mereka membuat laporan polis. Ini untuk membolehkan pihak polis mengambil tindakan selanjutnya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*