Susulan paparan jelek, biadap hina mangsa nahas helikopter, pengamal media buat laporan polis

Satu laporan polis dibuat susulan paparan jelek dan biadap menghina anggota tentera yang terkorban dalam nahas dua helikopter yang terhempas ketika menjalani raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam.

Pengamal Media, Kamal Abas, 51, membuat laporan polis malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian ke atas pemilik akaun X yang menggunakan nama Saifuddin Shafik.

“Dia (Saifuddin Shafik) telah beri komen dengan perkataan ‘Baru raptai dah mampos.Tak sempat nak perang’.

“Perkataan biadap itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga,” katanya.

Perbuatan seperti itu adalah melampaui batas norma tatasusila sebagaimana yang tercatat dalam rukun negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Tambahnya, dia amat berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman setimpal terhadap pelaku sebagai pengajaran.

Kamal turut meminta pengguna media sosial yang melihat mana-mana kiriman atau komentar yang menghina anggota tentera yang menjadi mangsa nahas turut mengambil tindakan membuat laporan polis.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*