Di fitnah Muslimat Pas, Yayasan Khazanah tampil bersuara

Persepsi jahat dan fitnah yang dimainkan oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) tidak terkecuali Muslimat Pas mengheret Yayasan Khazanah (YK) untuk tampil bersuara.

Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu mengingatkan orang ramai agar memastikan kesahihan fakta sebelum berkongsi, bagi menjamin kredibiliti maklumat yang disampaikan.

Reaksi tersebut susulan dakwaan seorang Muslimat Pas kononnya berlaku pengurangan biasiswa yang ditawarkan oleh YK.

Dalam ciapan Twitternya, individu tersebut berkongsikan tangkap layar berkenaan perkara fitnah tersebut.

“Sad news,” ciapnya yang disahkan memegang jawatan dalam Pas Melaka itu.

Sehubungan itu, YK dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya menawarkan biasiswa penuh yang merangkumi elaun sara hidup yang kompetitif.

Institusi yang berperanan sebagai dana pelaburan nasional tersebut juga menyediakan pelbagai elaun sokongan lain bersesuaian dengan pasaran dan kos sara hidup semasa.

“Kenyataan berkenaan jumlah dan penurunan kadar elaun yang sedang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar dan tidak berasas,” katanya.

Justeru, YK yang menyediakan biasiswa kepada penuntut cemerlang untuk menyambung pengajian ke universiti terkemuka itu berharap pihak yang mempunyai kemusykilan untuk merujuk secara terus kepada mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad berpendapat Khazanah wajar mengenakan tindakan tegas terhadap penyokong Perikatan Nasional (PN) tersebut.

“Kau tengok muslimat Pas seorang ini cuba main persepsi jahat. Harap Khazanah ambil tindakan lebih tegas,” katanya menerusi hantaran di Facebook sambil turut berkongsikan tangkap layar ciapan Muslimat Pas itu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*