Tidak dinafikan, sebagai anak adalah menjadi tanggungjawab bagi kita untuk berbakti kepada ibu bapa yang sudah tidak mampu bekerja
Tambahan pula jika kita masih belum mempunyai komitmen penting seperti orang yang sudah berkahwin dan ada anak. Kalau hanya kita satu-satunya anak dalam keluarga, ibu ayah pastinya mengharapkan kita menyara mereka.
Namun begitu, tular pula kisah mengenai seorang wanita yang meluahkan rasa sedih kerana kata-kata ibunya sendiri.
Menerusi perkongsian ciapan di laman X, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia tidak pernah terlepas untuk memberikan duit belanja sebanyak RM3,000 kepada ibunya.
Namun, hanya kerana dia tidak dapat memberi RM7,000 kepada ibunya untuk pajak emas, si ibu menarik muka sehingga menangis dan mengungkit macam-macam.
Serba salah lepas terima panggilan dari abang dan diberitahu mak menangis sebab tak dapat duit
Menurut wanita itu lagi, dia tidak pernah terlepas untuk memberikan duit bulanan sebanyak RM3,000 kepada maknya.
Namun, hanya disebabkan dia ingin menggunakan duit simpanannya untuk melancong, maknya mengungkit macam-macam sehingga membuatkan dia serba salah dan menangis.
Lihat ciapan di bawah:
“Kau ada tipu mak ke, mak call aku nangis ckp kau dah berubah. Kau kene ingat dulu time study siapa tolong kau sampai kau berjaya kerja SG”
I mean, RM3K bagi untuk mak setiap bulan tu memang dah banyak giler. Dan if i were in her position pon i akan menangis 😭
🧵 Roses.rosiees pic.twitter.com/ZaEmmRkD7o
— Januar Haikal (@Januarhaikal) December 12, 2024
Leave a Reply