Wanita culik kanak-kanak dibakar hidup-hidup

MANGSA dipukul sebelum dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan penduduk.

Seorang wanita di wilayah Papua, Indonesia dibakar hidup-hidup oleh orang ramai selepas dia dituduh menculik kanak-kanak, lapor laman berita Suara.com.

Kejadian berlaku di Kota Sorong, Papua Barat Daya pada pukul 7 pagi (waktu tempatan).

Video kejadian dirakam oleh penduduk menggunakan telefon bimbit.

Wanita pertengahan umur yang dikatakan mengalami gangguan mental itu dituduh sebagai pelaku penculikan kanak-kanak.

Ketika kejadian, sekumpulan penduduk berkumpul dan memukul wanita itu sehingga cedera.

Mereka kemudian membuka pakaian mangsa dan menyimbah minyak petrol ke seluruh badannya sebelum bertindak membaling api.

Beberapa penduduk yang berada di sekitar lokasi kejadian cuba membantu mangsa dengan mencurah air bagi memadamkan api yang marak pada badan mangsa.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sele Be Solu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia selepas 90 peratus badannya melecur.

Wanita culik kanak-kanak dibakar hidup-hidup

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*