{VIDEO} You control sini ke? Bodyguard Datuk Malik ‘bikin’ kecoh bila SurPlus ‘langgar kawasan’

“You control sini arr…” Bodyguard Datuk Malik ‘bikin’ kecoh bila SurPlus ‘langgar kawasan’

Kecoh di media sosial apabila sebuah video tular memaparkan suasana tegang yang berlaku melibatkan Pengerusi Persatuan Kebajikan SurPlus Pulau Pinang (SurPlus) dan seorang individu dipercayai pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter (X) @KerajaanInsider, Pengerusi Surplus, Sophian Mohd Zain bersama beberapa ahli lain dilihat sedang bergaduh mulut dengan pengawal peribadi kepada Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pengawal peribadi tersebut didakwa telah membuat kekecohan terhadap pasukan Surplus yang pada ketika itu dikatakan sedang membuat serbuan warga asing di beberapa premis di lokasi itu yang turut menempatkan pejabat Malik Streams Corporation Sdn Bhd iaitu salah satu anak syarikat milik Datuk Malik.

Dalam video sama, Sophian juga dilihat memarahi pengawal peribadi itu namun punca sebenar kejadian masih tidak dapat dipastikan lagi.

Menerusi ciapan yang dikongsikan @KerajaanInsider, Datuk Malik didakwa ada kaitan dengan warga asing yang bekerja di situ apabila dia dikatakan memiliki hubung kait dengan proses pengeluaran permit kerja terhadap mereka.

Datuk Malik yang merupakan pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies mula dikenali kerana menjadi individu yang menguruskan proses membawa masuk selebriti dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia.

Kumpulan syarikatnya termasuk Malik Streams Corporation Sdn Bhd; Malik Maju Sdn Bhd; Malik Streams Properties Sdn Bhd; Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd; dan Malik Streams Production & Distribution.

Dia juga pernah dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika satu serbuan dilakukan Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia (MATF) di Selangor dan Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan bersama sekutunya kerana dikatakan terbabit kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Dalam serbuan itu, SPRM dilaporkan telah menyita barang mewah milik Datuk Malik seperti wang tunai sekitar RM38 juta, emas dianggarkan 200 kilogram dan 17 buah kereta mewah termasuk Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz.

Bagaimanapun, ahli perniagaan berusia 42 tahun itu dilaporkan direman selama sehari sebelum dibebaskan selepas permohonan lanjutan reman oleh SPRM ditolak mahkamah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*