Video warga emas dibelasah hingga pecah muka tular

Polis belum menerima sebarang laporan berhubung video tular lelaki warga emas dipercayai dibelasah sehingga berdarah atau pecah muka dalam kejadian di sini, semalam.

Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan seorang individu bersama sekumpulan lelaki menarik baju warga emas itu di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah pasar raya sambil disaksikan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Katanya, setakat ini tiada individu tampil atau sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu.

Berdasarkan video tular itu, difahamkan mangsa did@kwa mencuri beberapa barangan termasuk syampu dari pasar raya berkenaan namun disedari kakitangan di situ.

Bagaimanapun, tindakan s@lah seorang individu yang mencederakan lelaki terbabit dengan menyepak muka sehingga berdarah mengundang pelbagai reaksi.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*