“Tinggal kejap je…” Pekerja JKR tepuk dahi, tercengang mesin buat jalan kena ‘clamp’. Bersikap jujur dalam melaksanakan tugas sememangnya sesuatu yang bagus, namun ada beberapa perkara perlu difahami dan diteliti mengikut situasi meskipun itu mungkin berlawanan dengan arahan yang diterima.
Mengambil pendekatakan itu, mungkin dapat kita lihat menerusi perkongsian kevin gethin di laman Tiktok yang menyaksikan cara kerja pengawal keselamatan di sebuah bangunan.
Dalam entri itu, sepasukan pekerja dari Jabatan Kerja Raya (JKR) tepuk dahi apabila salah satu daripada mesin milik mereka diapit (clamping) oleh petugas yang menjaga bangunan tersebut.
Hal itu kerana mereka meninggalkan mesin tersebut di zon larangan letak kenderaan.
Meskipun lokasi dirahsiakan oleh pemilik akaun, namun rata-ratanya seperti dapat ‘menghidu’ tempat berlakunya kejadian itu hanya dengan melihat sistem pihak pengurusan bangunan berkenaan.
Rata-ratanya terhibur sehingga ada yang berseloroh mengatakan petugas di situ agak ‘lurus’ kerana terlalu ikut arahan.
Leave a Reply