Tiga ditahan serang pemandu ambulans di pasar raya. Tindakan tiga lelaki termasuk remaja menyerang pemandu ambulans yang sedang membawa pesakit wanita di sebuah pasar raya membawa padah apabila ditahan semalam.
Ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penangkapan itu susulan laporan polis diterima daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tanjung Karang berusia 27 tahun.
Katanya, berdasarkan laporan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam, Isnin lalu apabila seorang pemandu ambulans diserang ketika membawa dan memindahkan seorang wanita yang cedera di sebuah pasar raya ke ambulans.
- Turut baca : {VIDEO} Lelaki ragut penumpang Myvi dicekup
“Ekoran laporan itu, polis kemudiannya menahan tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian tersebut. Punca kejadian masih dalam siasatan dan permohonan reman terhadap kesemua suspek dibuat pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular video berdurasi 32 saat memaparkan detik-detik kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dihalang sewaktu sedang memindahkan seorang pesakit menggunakan stretcher (katil beroda).
Leave a Reply