{VIDEO} Tetap pakai rantai walaupun tahu haram, cara ‘marketing’ lelaki ini terima kecaman

Tetap pakai rantai walaupun tahu haram, cara ‘marketing’ lelaki ini terima kecaman. Haram bagi lelaki beragama Islam untuk berpakaian mahu pun berhias seakan-akan wanita. Aksesori juga turut diharamkan bagi lelaki untuk memakainya seperti rantai leher dan emas.

Namun, seorang lelaki baru-baru ini dikritik ramai warganet selepas memuat naik satu video di aplikasi TikTok menunjukkan dia memakai rantai leher.

Menerusi rakaman itu, lelaki tersebut menjawab soalan seorang individu yang bertanya sama ada rantai dipakai di lehernya adalah tasbih.

Jelasnya ia memang rantai dan mengakui memang haram bagi lelaki namun dia memakainya atas tujuan marketing untuk tunjuk pada pelanggan terutamanya golongan wanita.

Ini rantai, memang orang Islam tak boleh pakai rantai tapi saya pakai ni untuk marketing.”

Video dimuat naik lelaki tersebut mengundang kritikan ramai warganet di aplikasi itu di mana rata-ratanya memerlinya dan berkata bahawa niat tidak menghalalkan cara.

Hantaran itu sehingga kini telah meraih lebih 216,000 tontonan di TikTok dan sesetengah netizen menyindir lelaki berkenaan kerana soalan yang dijawabnya merupakan komen pada tahun lepas.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*