Rasanya kita semua sedia tahu bahawa adat dalam pertandingan itu pasti ada kalah dan menang.
Namun, kelihatannya masih ada yang tidak boleh terima akan perkara itu sehingga akhirnya nekad melakukan rusuhan di tepi padang, seolah-olah tidak boleh menerima kekalahan pasukan kegemaran mereka.
Kejadian tersebut berlaku semasa pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) berjaya menewaskan lawannya ketika menentang Sabah FC, pada Jumaat malam.
Kekalahan tipis 2-1 yang berjaya direkod oleh pasukan JDT bagaimanapun kurang disenangi oleh panyokong dari Sabah FC sehingga menyebabkan mereka nekad melakukan rusuhan di luar padang.
Lebih mencetus perdebatan dalam kalangan warganet susulan melihat tindakan seorang lelaki mencabut bendera JDT sebelum berlari meninggalkan tempatnya.
Melihat tindakan beraninya membuatkan ramai titip pesan buatnya agar lebih profesional selain berseloroh memintanya berhati-hati dengan perbuatan yang mungkin boleh memakan diri.
Turut baca
Leave a Reply