{VIDEO} “Siapa pun naik angin…” Bengang dihimpit pemandu, masuk simpang saat akhir

“Siapa pun naik angin…” Bengang dihimpit pemandu, masuk simpang saat akhir.  Motosikal merupakan antara kenderaan yang sering ditindas oleh kenderaan bersaiz besar seperti kereta, trelar mahupun lori.

Walaupun adakalanya perangai penunggang motosikal dilihat agak menggeramkan, namun tidak wajar jika kesalahan dituju hanya kepada mereka sahaja.

Misalnya seperti situasi yang dikongsi oleh Utusan TV, kelihatan sebuah kenderaan jenis Proton Iriz menghimpit sebuah motosikal yang berada di sebelah kiri.

Sewaktu lampu isyarat sudah bertukar hijau, kereta berkenaan sepertinya hendak masuk ke simpang sebelah kiri , namun ada kemungkinan dia tidak menyedari akan keberadaan motosikal tersebut sehingga menyebabkan berlaku kemalangan kecil itu.

Bengang dengan insiden menimpa, penunggang motosikal tadi terus menyerang pemandu Iriz dengan bertindak memecahkan cermin keretanya menggunakan helmet.

Meskipun tahu tindakannya itu salah, namun rata-ratanya berpuas hati dan akui berpihak kepada penunggang motosikal berkenaan.

"Siapa pun naik angin..." Bengang dihimpit pemandu, masuk simpang saat akhir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*