{VIDEO} Selamba masuk ‘parkir’ orang, sekali abang sado terjah, ini terjadi

Sifat sabar sememangnya perlu dipupuk, namun adakalanya kita tewas dalam mengawal rasa marah sehingga akhirnya berani bertindak di luar jangkaan.

Bercerita tentang sabar, selalunya diri akan teruji apabila berada di tempat awam kerana kita akan berdepan dengan pelbagai ragam umat manusia di luar sana.

Berdepan nasib sama, pemuda ini yang sekian lama tunggu ‘parkir’ kosong, berang apabila tempatnya diambil oleh pemilik kereta Myvi yang tiba-tiba muncul dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, dia tidak mengalah sebaliknya terus turun untuk menemui sendiri pemandu Myvi berkenaan.

Atas budi bicara, siapa sangka pemilik Myvi tersebut kemudian keluar semula dari ruang parkir tadi dan berlalu pergi.

Insiden ini bukan pertama kali berlaku, malah boleh dikatakan semua pernah melalui kejadian sama, cuma rata-ratanya malas nak berdebat dan lebih memilih untuk mengalah.

Insiden ini bukan pertama kali berlaku, malah boleh dikatakan semua pernah melalui kejadian sama, cuma rata-ratanya malas nak berdebat dan lebih memilih untuk mengalah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*