{VIDEO} “Sangat menyentuh perasaan…” Pemuda baca talkin untuk nenek buat netizen sebak

Setiap orang pasti akan merasai pengalaman kehilangan orang yang tersayang. Tentunya waktu itu merupakan waktu yang paling sedih yang berlaku dalam kehidupan kita.

Terbaru, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Detective Wan membacakan talkin buat arwah neneknya yang baru sahaja dikebumikan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemuda tersebut yang mengenakan baju berwarna putih membacakan talkin dalam keadaan yang penuh sebak dan hiba.

Dapat juga dilihat keadaan cuaca yang mendung seperti menggambarkan perasaan pemuda tersebut selepas kehilangan nenek tercintanya, Maimunah binti Abdul Hamid.

Video yang mendapat 4 juta tontonan itu turut mendapat respon daripada netizen.

Respon netizen :

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka mendengar bacaan talkin yang dibacakan pemuda tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*