Parti AMANAH yang diasaskan oleh sebahagian besarnya kumpulan yang dikenali sebagai G18 yang keluar daripada parti lama mereka PAS cukup sinonim dengan jenama RAHMAH.
Ini juga menjadi asas penubuhan Parti AMANAH Negara berdasarkan satu potongan ayat dalam Surah Al-Anbiya’
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam..
Rahmah atau Rahmat itu bermaksud kasih sayang. Kasih dan sayang kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum dan agama dan termasuk binatang, tumbuhan malahan gunung ganang.
Itulah mesej Rahmah yang ingin diketengahkan. Membantu golongan susah dan yang tersusah semestinya salah satu agenda besar RAHMAH.
Sebaik sahaja diamanahkan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, perkara utama yang menjadi fokus Datuk Seri Salahuddin Ayub tentunya tiga patah perkataan terakhir kementerian beliau iaitu Kos Sara Hidup kerana sememangnya itulah yang ditekankan oleh PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal penubuhan Kerajaan Perpaduan ini. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Datuk Seri Salahuddin dalam pertemuan pertama Datuk Seri bersama kami Pegawai-Pegawai di Pejabat Menteri.
Sudah tentu golongan yang paling terkesan dengan Kos Sara Hidup ini adalah golongan miskin tegar lebih-lebih lagi golongan terbawah miskin tegar yang merupakan mereka yang betul-betul memerlukan pertolongan dan bantuan.
Dalam setiap pertemuan dengan syarikat-syarikat besar seperti 99 Speedmart, AEON, Econsave mahupun syarikat operator minyak seperti BHP, keperluan membantu rakyat yang teramat susah ini sentiasa menjadi keutamaan beliau.
“Apa yang kita boleh buat untuk bantu orang susah? Saya betul-betul nak bantu mereka yang paling susah ini!”
Itulah bibit, soalan dan tekad yang pasti keluar dari mulut beliau setiap kali pertemuan berlaku.
Bermula dengan Bakul Rahmah, lahir pula selepas ini Jualan Rahmah, Pakej Rahmah dan Café Rahmah. Inilah komitmen jelas yang ditunjukkan oleh Menteri KPDN berbekalkan cita-cita dan semangat RAHMAH yang ada pada beliau. Nantikan perincian setiap Inisiatif Rahmah dalam waktu-waktu mendatang!
Moga Allah terus beri kekuatan untuk jayakan misi Rahmah ini sekaligus membantu rakyat Malaysia tanpa mengambil kira bangsa, agama dan kaum selari dengan ayat Al-Quran, wa ma arsalnaka illa RAHMATAN lil alamin.
Turut baca :
- PM : Hanya pihak takut salah laku terdedah cuba jatuhkan kerajaan
- Usaha Salahuddin Ayub ‘untuk rakyat’ dalam tempuh sebulan di KPDN
Leave a Reply